Saturday, September 19, 2026
Home Tag PDRM

Tag: PDRM

Sheila sudah digantung tugas – JIPS

Pengarah abatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah tahan kerja ke atas pegawai berkenaan telah dilaksanakan di bawah Seksyen 78 Akta Polis 1967.

Pagar batu Balai Polis Sungai Jarom dilanggar kereta

Akibat daripada rempuhan itu, kereta Bezza tersebut bergerak ke hadapan dan terlanggar tembok pagar batu balai polis itu.

Usah terpedaya taktik skim pelaburan guna gambar individu ternama

Noorsiah berkata, pihaknya turut menerima laporan daripada beberapa individu ternama berkenaan yang mengadu gambar mereka disalahguna oleh skim pelaburan tersebut.

Razarudin mulakan tugas KPN hari ini

Beliau seterusnya menuju ke tingkat 31 dan menandatangani dokumen memulakan tugas diikuti majlis bacaan doa selamat di pejabat KPN yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah@Zakaria.

Selamat Bersara “Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani” #PDRM

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengangkat tabik hormat ketika menaiki kenderaan khas pada Majlis Perbarisan Perpisahan dan Paluan Berundur sempena persaraannya di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 JUN 2023.

PM tawar Acryl Sani peranan di luar negara tapi dia mahu...

Saya serahkan kepada kebijaksanaan beliau (Acryl, keputusan), saya tadi pun cakap kepada Tan Sri memberikan pemakluman..mudah-mudahan (ubah fikiran dan setuju)..saya ucapkan beliau selamat maju jaya tidak kira berada di mana pun selepas ini," katanya dalam ucapannya di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Pulapol hari ini.

‘Inspektor Sheila’ sudah digantung tugas

Saifuddin Nasution mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pegawai polis wanita terbabit telah ditahan kerja sejak minggu yang lalu dan arahan itu berkuasa sehingga proses siasatan selesai

151 Pos Kawalan PGA di sempadan akan dibaik pulih – Saifuddin

"Kita kena faham bahawa kes-kes jenayah rentas sempadan seperti pemerdangan dan penyeludupan manusia, senjata api, dadah dan bahan mentah banyak melalui kawasan lorong tikus sempadan negara, termasuklah pencerobohan pendatang asing tanpa izin," katanya.

Razarudin, Ayob Khan gandingan mantap – Saifuddin

"Harapan saya sangat jelas dan keyakinan sangat utuh bahawa PDRM di bawah Razarudin dan Ayob Khan dapat meneruskan kelangsungan dan kecemerlangan kepimpinan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Acryl Sani Abdullah yang akan mengakhiri khidmatnya esok," katanya.

Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) menyaksikan Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Razarudin Husain@Abdul Rasid (kanan) menerima dokumen serah terima tugas daripada penyandangnya, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di PULAPOL, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 22 JUN 2023.