Tag: virus
Malawi keluar amaran virus Marburg
Setiausaha Kesihatan, Charles Mwansambo, telah memberi amaran kepada rakyat Malawi supaya berhati-hati dan mengelakkan hubungan fizikal rapat dengan pesakit Marburg yang disyaki.
‘Virus’ serang sesama sendiri susahkan Kerajaan Perpaduan – Shabery Cheek
Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Datuk Seri Shabery Cheek, tindakan sama dibuat oleh golongan ini sapa seperti dalam Kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) akan memberi kesan kepada kerajaan.
Lagi kes baharu demam babi Afrika di Kampung Valdor
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kes baharu ASF itu dan tindakan segera diambil untuk menutup ladang berkenaan bagi menjalankan kerja-kerja pelupusan lebih 1,000 ternakan di situ.
Marburg, virus paling ditakuti ditemui di Ghana
ACCRA - Ghana telah mengesahkan dua kes pertama virus Marburg yang membawa maut, penyakit berjangkit dalam keluarga sama dengan virus yang menyebabkan Ebola.
Kedua-dua pesakit meninggal dunia baru-baru ini di hospital di wilayah Ashanti selatan.
Sampel mereka kembali positif awal bulan ini dan kini telah disahkan oleh makmal di Senegal.
Pegawai kesihatan di negara Afrika Barat itu berkata, 98 orang kini dikuarantin kerana disyaki kontak rapat.
Setakat ini tiada rawatan untuk virus Marburg - tetapi doktor meminta pesakit minum banyak air dan merawat gejala tertentu dalam meningkatkan peluang pesakit untuk terus hidup.
Virus ini dijangkiti daripada dari kelawar buah dan merebak antara manusia melalui cecair badan.
Ia adalah penyakit yang teruk, selalunya membawa maut dengan gejala termasuk sakit kepala, demam, sakit otot, muntah darah dan pendarahan.
Sehubungan itu, orang ramai diminta menjauhi gua dan memasak semua produk daging dengan teliti sebelum memakannya.
Di Afrika, wabak sebelumnya dan kes sporadis telah dilaporkan di Angola, Republik Demokratik Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Wabak Marburg yang pertama berlaku di Jerman pada tahun 1967, menyebabkan tujuh orang meninggal dunia.
Virus itu membunuh lebih daripada 200 orang di Angola pada tahun 2005, wabak paling maut dalam rekod, menurut WHO. - BBC
Amerika, UK siasat lonjakan kes cacar monyet
Siasatan itu dilakukan susulan pengesahan kes di AS, Sepanyol dan Portugal pada hari Rabu, serta siasatan ke atas 13 kes yang disyaki di Kanada.
Demam tomato serang kanak-kanak di Kerala
Pakar berjangkit mendakwa demam ini juga boleh mengakibatkan pesakit mengalami keletihan, sakit sendi, kekejangan perut, loya, muntah, cirit-birit, batuk, bersin, hidung berair, demam panas, atau sakit badan.
Lebih 15,000 sampel genom virus SARS-CoV-2 dianalisis
Analisis garis-masa pola perubahan varian di Malaysia menunjukkan peningkatan jumlah varian Delta dan Omicron masing-masing bermula sekitar bulan Ogos 2021 dan Disember 2021.
UM cipta mesin steril pelitup muka pertama di Malaysia
Mesin Ultravoilet C (UVC) ini dibangunkan dengan gabungan sinaran ultraungu (UV) yang dapat nyah cemar atau steril pelitup muka yang telah digunakan.
MGNews : Kerajaan Periksa Bekalan Daging Babi Untuk Sekat Penularan AFS
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Norliza Mohd Noor bercakap pada sidang media mengenai pelaksanaan penguatkuasaan aktiviti melibatkan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 di Wisma Tani, Putrajaya.
MGNews: Tiada Langsung Kes Kematian Yang Dikaitkan Dengan Vaksinisasi Di Negara...
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

















