Shahidan Syed Saddiq hijrah UMNO kuat veteran pengampunan BN PH PRN
Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR – Pendekatan menamakan bekas ahli Pas, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilinan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pencalonan bekas pemimpin Pemuda Pas itu sebagai calon PN juga dilihat sebagai penipuan kepada pengundi di kawasan berkenaan.

“Pucuk pimpinan Pas dengan jelas menipu ahli dan penyokongnya di Nenggiri apabila mengizinkan timbalan ketua Pemuda Pas keluar dari Pas dan menyertai Bersatu dua hari sebelum pengumuman calon. Dalam hal ini Pas telah membelakangkan baiah ahli tanpa sebarang tindakan.

“Bersatu turut diperlekehkan Pas apabila beberapa nama tokoh Bersatu yang disebut sebelum ini sebagai senarai pendek calon telah tidak terpilih kerana gagal menepati piayawan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, Pas seperti hilang keyakinan terhadap Bersatu untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Pas hilang keyakinan kepada orang Bersatu untuk dicalonkan kerana tidak percaya calon itu boleh menyaingi calon UMNO/BN. Jelaslah Pas sebenarnya mempersendakan Bersatu kerana Pas tidak ada rasa setiakawan terhadap Bersatu dalam PN.

“Calon Bersatu yang bertanding hanya calon copy and paste (salin dan tampal) Pas. Calon anak tumpang Pas ke dalam Bersatu,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengumumkan Mohd Rizwadi sebagai calon bagi PRK DUN Nenggiri di Masjid Hijau Renok, Gua Musang.

Sebelum menyertai Bersatu, Mohd Rizwadi pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang.

PN sebelum ini menyenaraikan dua calon parti itu antaranya bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Sheikh Razali Hamad dan seorang penggawa di Dabong, Sun Najaman sebagai calon.- MalaysiaGazette