Taman Tema menyerupai Disneyland UK akan dibangunkan menjelang tahun 2022 di London. Foto: Paramount

LONDON – Sebuah taman tema Paramount ‘Disneyland UK’ akan dibuka oleh Studio Filem Paramount dengan pelaburan bernilai £3.5billion.

Taman tema Paramount itu akan dibangunkan di Dartford, Kent oleh Paramaunt yang telah menghasilkan filem Zoolander, Anchorman dan Mission Impossible.

Laman berita Kent Live melaporkan bahawa pelan projek mega itu akan dikemukakan kepada kerajaan untuk kelulusan pada November ini.

Syarikat Paramount yakin pelan pembangunan Taman Tema itu mendapat kelulusan tanpa sebarang masalah.

Difahamkan bahawa Taman Tema terbesar itu bakal menarik perhatian lebih 40,000 pengunjung sehari.

Lakaran artis taman tema UK Disneyland. Foto: Paramount
Lakaran artis taman tema UK Disneyland. Foto: Paramount

Para pengunjung juga boleh melawat lebih 50 tarikan yang dipengaruhi Paramount Films.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,anak syarikat projek Kuwaiti European Holdings, Humphrey Percy bercakap kepada Kent Live berkata, syarikatnya mempunyai kekuatan kewangan yang sangat baik untuk meneruskan rancangan itu.

Tercetus keraguan sama ada projek berkenaan akan diteruskan awal tahun ini berikutan beberapa rakan berprofil tinggi meninggalkan syarikat itu selepas pelabur China mencetuskan persoalan ke atas projek bernilai £100 juta itu.

Humphrey yakin untuk merealisasikan projek tersebut.

Tanah seluas 353 hektar akan dibangunkan untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong dan akan membuka 33,000 peluang pekerjaan.

Difahamkan tiket kemasukan ke Taman Tema Paramount ditetapkan pada kadar £57 seorang termasuk kos pengangkutan awam dari Pusat London.

Ia merupakan usaha menggalakkan warga kota London tidak menggunakan kereta.

Lakaran artis Taman tema Paramount menyerupai Disneyland UK' yang akan menarik lebih 40,000 pengunjung sehari apabila siap pada tahun 2022 nanti. Foto: Paramount
Lakaran artis Taman tema Paramount menyerupai Disneyland UK’ yang akan menarik lebih 40,000 pengunjung sehari apabila siap pada tahun 2022 nanti. Foto: Paramount

Kemudahan seperti hotel penginapan, pawagam dengan 2,000 tempat duduk, ruang pameran, restoran dan kelab malam antara rekreasi yang akan mengisi tanah itu.

Taman Paramaount itu juga akan diisi dengan Adventure Isle, Land of Legends, Cartoon Circus dan pertunjukan oleh BBC dan Animasi Aardman. – MalaysiaGazette