Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.
Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berjaya menyelesaikan 43 kes penipuan parcel scam yang melibatkan kerugian RM950,000 dengan penahanan lima individu.

Kejayaan itu hasil serbuan di beberapa lokasi di sekitar Jalan Klang Lama, Cyberjaya dan Damansara semalam.

Hasil serbuan dalam Operasi Tiong itu, lima orang ahli sindiket ditahan, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mereka terdiri daripada empat lelaki warga Nigeria dan seorang perempuan India, warga Malaysia. Kesemua mereka berusia antara 28 hingga 40 tahun.

Sejumlah empat buah kereta pelbagai jenama, 13 buah telefon bimbit, enam komputer riba, empat buku bank dan enam kad ATM dirampas.

Polis juga mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak menjadi mangsa penipuan dengan mengelakkan berurusan dengan individu yang tidak pernah bersemuka.

Katanya, jabatan itu juga telah menyiasat sebanyak 581 kes penipuan parcel atau romance scam melibatkan kerugian sebanyak RM23.6 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Siasatan mendapati sindiket itu menggunakan rangkaian Internet terutama laman sosial untuk berkenalan dan kemudian memperdayakan mangsa menyerahkan wang kepada mereka. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Adakah scammer dlm apps mudah.my adalah dr org nigeria yg mnetap di mlysia atau mmg scammer yg mereka lakukan itu dr luar negara yg mngunakan nom tepon +233 atau +234…mohon pnjelasan..

    Trima kasih,

Tinggalkan Jawapan