DUBAI – Emirates menyediakan komputer tablet untuk dipinjamkan kepada para penumpang premium selepas Amerika Syarikat mengharamkan membawa alat peranti dalam pesawat ke negara tersebut.

Dalam kenyataannya, Emirates berkata, langkah itu dibuat untuk mengatasi ketidakselesaan terhadap peraturan baharu itu.

Amerika Syarikat melarang para penumpang ke negaranya membawa alat peranti elektronik yang saiznya lebih besar daripada telefon pintar.

“Penumpang dalam kelas perniagaan boleh meminjam tablet,” katanya.

Peraturan yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat itu bagi penerbangan terus ke negaranya dari 10 lapangan terbang di tujuh negara Asia Barat dan Turki.

Emirates membenarkan penumpang ke Amerika Syarikat menggunakan komputer riba dan tablet sehingga mendarat. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan