BEIJING – Berapa anda sanggup bayar untuk membayar nombor pilihan bagi telefon bimbit?

Di China, nombor 18888888888 dilelong pada harga 120 juta yuan (RM76 juta), laporĀ www.news.cn.

Menurut laporan itu, ia adalah nombor yang paling mahal pernah ditawarkan.

Dan, nombor itu tidak termasuk telefon bimbit, masa panggilan dan caj data.

Nombor lapan membawa maksud kemakmuran dalam Mandarin dan merupakan nombor bertuah.

Nombor telefon bimbit Beijing itu telah didaftarkan di bawah syarikat China berpangkalan di Shantou tetapi tidak diketahui siapa yang menggunakannya, menurut laporan itu.

Wang hasil jualan itu akan disumbangkan kepada kebajikan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan