Home Dunia Kren tumbang 6 maut

Kren tumbang 6 maut

538
0

SEOUL – Sebuah kren terjatuh di limbungan kapal yang dikendalikan oleh Samsung mengorbankan enam orang dan lebih 20 orang cedera.

Agensi berita Yonhap berkata, para penyelamat sedang mencari mangsa-mangsa yang terperangkap di kawasan kemalangan di Geoje dekat Busan.

Mereka yang terperangkap dipercayai pekerja subkontraktor bagi pembinaan kapal Samsung Heavy Industries.

Insiden itu mengejutkan kerana kadar kemalangan industri di Korea Selatan adalah rendah.

Semasa kejadian, kren itu sedang membina platform minyak bagi Total, sebuah firma milik Perancis yang akan digunakan di medan minyak Martin Linge di Pantai Utara, di luar perairan Norway.

“Kren itu jatuh ke atas platform ini, tempat pekerja-pekerja sedang bertugas,” menurut jurucakap Total, Leif Harald Halvorsen kepada Yonhap.

Tambahnya, buat masa ini, semua kerja-kerja di kawasan itu telah dihentikan dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, tiada pekerja Total terlibat dalam insiden berkenaan.

Samsung Heavy Industries ialah pembuat kapal ketiga terbesar di dunia. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan