SINGAPURA – Harga minyak mentah bangkit semula dalam dagangan hari ini berikutan penurunan inventori Amerika Syarikat.

Minyak mentah West Texas Intermediate meningkat 1.0 peratus kepada AS$48.14 setong pada 0030 GMT.

Semalam, pasaran merosot 2.4 peratus kepada paras terendah sejak 21 Mac.

Niaga hadapan Brent pula naik 1.2 peratus kepada AS$51.05 setong.

Inventori minyak jatuh sebanyak 4.2 juta tong pada minggu ini berakhir pada 28 April kepada 528.3 juta tong berbanding unjuran penganalisis penurunan sebanyak 2.3 juta tong.

Stok minyak di Cushing, Oklahoma jatuh sebanyak 215,000 setong.

Kerajaan Amerika Syarikat dijangka mengeluarkan data inventori pada hari Rabu.

Brent didagang hampir pada paras terendah sejak November tahun lalu semasa OPEC bersetuju untuk mengurangkan bekalan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan