Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik bercakap kepada media pada hari pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MEI 2018.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik bercakap kepada media pada hari pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Kelibat beberapa bekas pemimpin veteran UMNO menyertai pentas kempen Pakatan Harapan (PH) tidak menggugat kesetiaan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal bersaam Datuk Seri Najib Razak.

Calon Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin berhak untuk melakukan apa sahaja.

Namun, katanya, apa yang penting UMNO dan BN yang sudah pun menjangkau usia 70 tahun itu tetap bersama pengerusinya.

“Itu hak mereka dan saya tidak mahu mempersoalkannya,” katanya secara ringkas kepda pemberita di Bukit Aman semasa lawatan bersempena proses mengundi awal warga Polis di sini.

Semalam, Rafidah dan Daim bersama-sama menyertai kempen PH di Bukit Katil, Melaka.

Penglibatan mereka itu menyebabkan mereka dipecat dari UMNO.

Sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 ini, Raja Nong Chik berikrar akan terus menyokong aspirasi  kesejehtaraan rakyat yang didukung di bawah pimpinan Perdana Menteri.

“Kita tidak boleh menafikan perkara itu (konsensus BN) kerana agenda BN adalah mendahulukan rakyat jelata,” katanya.

Nong Chik adalah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai. – MalaysiaGazette