bintang Itali Federico Chiesa diburu Chelsea menjelang Januari 2018

LONDON – Chelsea dilaporkan pasukan kegemaran untuk menandatangani bintang Fiorentina Federico Chiesa.

Difahamkan the Blues dalam posisi terbaik untuk mendapatkan pemain sayap menjelang jendela perpindahan musim sejuk Januari depan.

Menurut the Sun, Maurizio Sarri dikatakan akan kembali bersaing dengan bekas kelab bimbingannya Napoli untuk mengikat khidmat pemain Serie A ke liga Inggeris.

Namun pengurus Chelsea itu percaya dengan kekuatan kewangan yang dimiliki kelab akan memuktamadkan pembelian pemain itu.

Chiesa, 20, mendapat tawaran 50 juta pound dari Juventus namun pemain itu mengakui kelab-kelab lain turut meletakkan tawaran terbaik semaksima 62 juta pound.

Juventus dijangka mencuba nasibnya disamping Manchester United yang juga dikatakan berminat ke atas pemain itu.

“Florentina menolak bidaan 63 juta pound sebelum ini.

“Musim pembelian pemain sangat tenang tanpa sebarang kecemasan kerana saya sudah jelaskan dalam perjanjian bahawa tidak akan tinggalkan Fiorentina,” katanya.

Namun masih belum dijelaskan sama ada Chiesa akan beraksi dalam kesebelasan utama bersama the Blues kelak. – MalaysiaGazette