Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab terhadap ‘kehilangan’ Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meletak jawatan sebagai ahli UMNO hari ini.

Menerusi Twitter, Ahli Parlimen Rembau berkata, UMNO kini telah kehilangan seorang lelaki yang bijak serta baik.

“Saya telah bersuara dalam memperingati parti saya terhadap pakatan bersama dengan Pas.

“Dan saya menanggung serangan dari dalam. Sekarang, kami telah kehilangan seorang ketua yang menerangi parti. Seorang lelaki yang pandai dan baik,” tulisnya di laman sosial berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO.

Bekas menteri itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas beliau melihat usaha-usaha bagi memulihkan kepercayaan dan imej parti yang disertainya sejak 40 tahun itu semakin sukar.

Katanya, UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah dengan memperjuangkan kepentingan bumiputera dan Islam tanpa mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

Bagaimanapun ujarnya, hala tuju yang diambil oleh UMNO ketika ini tidak selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tidak ada banyak usaha menyakinkan bahawa proses rejuvensi parti telah bermula. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/09/18/tok-pa-umum-keluar-umno/