korea
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong- un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in

SEOUL – Korea Utara bersetuju untuk menutup terus kemudahan utama peluru berpandunya dengan kehadiran pakar-pakar asing dan sanggup untuk menutup kompleks utama nuklear sekiranya Amerika Syarikat melakukan perkara yang sama, kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae.

Bercakap semasa sidang media bersama di Pyongyang, Moon dan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata, mereka bersetuju untuk menjadikan semenanjung Korea sebagai “tanah yang aman tanpa senjata dan ancaman nuklear”.

Kim berkata, beliau akan melawat Seoul tidak lama lagi dan ia merupakan lawatan pertama dalam sejarah bagi pemimpin Korea Utara.

Sidang kemuncak terbaharu itu menjadi ujian litmus bagi rundingan-rundingan berhubung program nuklear di antara Pyongyang dan Washington yang menemui jalan buntu sebelum ini.

Moon telah meminta untuk mengemukakan satu cadangan yang menggabungkan rangka kerja bagi pembatalan projek nuclear Korea Utara dan deklarasi bersama untuk menamatkan Perang Korea 1950-1953.-Agensi