Paul Pogba.

LONDON – Manchester United bagaikan sudah berpatah arang dengan Paul Pogba apabila mahu menjual kapten itu selepas berlaku konflik dengan Jose Mourinho.

ESPN melaporkan, United mahu £200 juta (RM1.1 bilion) sebagai pertukaran walaupun ia dilihat sebagai jumlah yang sukar dipenuhi kelab lain.

Ketika ini, Paris Saint-Germain, Barcelona dan Juventus dikatakan berminat dengan pemain yang merangkul Piala Dunia Jun lalu.

Pobga dimaklumkan oleh Mourinho yang dia tidak lagi dianggap sebagai kapten.

Ia gara-gara kesilapan Pogba yang kurang fokus di atas padang sehingga mengakibatkan United tewas kepada Wolves pada hujung minggu lalu.

Pengurusan United lebih menyokong Mourinho dan Pogba mungkin terpaksa meninggalkan kelab itu tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan