FGV

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad melantik Mohd Hassan Ahmad sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas berkuatkuasa semalam.

Beliau adalah Timbalan Setiausaha Bahagian (Ketua Pejabat Polisi Fiskal) di Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan.

Perkara itu dimaklumkan oleh FGV kepada Bursa Malaysia.

Mohd Hassan juga adalah Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Syarikat perladangan itu juga mengumumkan penamatan lantikan Datuk Siti Zauyah sebagai Pengarah Lantikan Kerajaan, juga berkuatkuasa semalam. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan