Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak pada kecenderungan meningkat minggu depan, menjejaki prestasi lebih baik yang dijangkakan bagi asas pasaran tunai.

RHB Research Institute Sdn Bhd, dalam satu nota berkata, berdasarkan pergerakan harga baru-baru ini, mata 1,800 akan menjadi paras rintangan sukar untuk dilepasi, namun kenaikan mengatasi paras itu adalah perlu untuk menunjukkan aliran menaik berlanjutan.

“Selain itu, kami juga tidak melihat sebarang petanda tolakan harga yang mungkin membawa kepada penurunan lebih rendah. Oleh itu, kami mengekalkan kecenderungan dagangan positif jangka pendek.

“Memandangkan kebarangkalian adalah cenderung kepada lanjutan pergerakan meningkat, kami terus menyarankan pelabur kekal dalam pegangan jangka panjang,” menurutnya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, September 2018 susut 10.5 mata kepada 1,792.5; Oktober 2018 dan Disember 2018 masing-masing turun 8.5 mata kepada 1,795 dan 1,789 manakala Mac 2019 kurang 9.0 mata kepada 1,786.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 81,226 lot daripada 28,706 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 36,651 kontrak daripada 31,722 kontrak.

Penanda aras FBM KLCI ditutup 17.49 mata lebih rendah kepada 1,793.15 berbanding 1,810.64 pada Jumaat minggu lepas. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan