Nourul bersama anaknya, Ayu Nazirah. Foto Instagram Nourul.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Nourul Wahab Depp disahkan hamil anak keempat pada usia 41 tahun.

Berkongsi berita gembira itu di Instagramnya, wanita kelahiran Pulau Pinang itu dijangka melahirkan anak pada Mei tahun depan.

Sebelum ini, rumah tangga Nourul bersama lelaki Perancis, Eric Daniel Depp, 52, diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3.

Bersama bekas suami pula, Ajai, dia mempunyai anak perempuan yang sudah mencecah usia 20 tahun, Ayu Nazirah.

Berkongsi keadaan kesihatannya, Nourul memberitahu dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilan terdahulu cuma kali ini dirinya mengidam kuih tradisional.

Pada masa sama, pemilik nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab itu dalam persediaan untuk kembali ke Paris bagi urusan pengedaran album berbahasa Perancisnya, Humaine, November depan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan