KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Dr Othman Omar sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas.

Beliau menggantikan Datuk Ab Ghani Mohd Ali yang melepaskan jawatan tersebut selepas berkhidmat 37 tahun.

Dr Othman, 59, pada masa ini adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan KL Entreprenueurs Sdn Bhd (KLEX) dan Presiden Empire Business Club dan Pengerusi Eksekutif KLIX Academy Sdn. Bhd.

Syarikat itu turut mengumumkan pertukaran alamat baharunya di Tingkat 21, Wisma FGV, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.

FGV Holdings juga memaklumkan nombor telefon 03 -27890000 dan faksilimi 03 -27890001serta alamat emel [email protected] – – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan