Status yang dimuatnaik Dr Fazley Yaakob di laman Instagramnya.

KUALA LUMPUR – Menantu Datin Seri Rosmah Mansor, Dr Fazley Yaakob hari ini memuatnaik status di laman Instagram beliau mendokakan semoga segala urusan ibu mertuanya dipermudahkan.

“Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menanti, kami tetap mendoakan beliau, simpati masih wujud walau apa pun berlaku.

“Moga Allah mempermudahkan segala urusan,” tulis Fazley yang turut mengaitkan statusnya itu kepada anak perempuan Rosmah @azrene_ahmad.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Rosmah ditahan petang tadi ketika memberi keterangan kepada agensi penyiasat itu. Beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen pukul 8 pagi esok.

Fazley menulis lagi, yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar, biarlah mahkamah yang memutuskan kes tersebut.

Azrene isteri kepada Fazley pernah memuatnaik status di Instagram mendedahkan pelbagai perkara termasuk sikap ibunya yang didakwa boros. – MalaysiaGazette

 

 

Tinggalkan Jawapan