Gunung Berapi Soputan
Gunung Berapi Soputan

JAKARTA – Bencana alam terus melanda Indonesia apabila Gunung Berapi Soputan di Sulawesi Utara meletus, hanya bebebrapa hari selepas pulau itu digegarkan gempa bumi dan dilanda tsunami, mengakibatkan beribu mangsa terbunuh.

Selepas sebulan mencatatkan peningkatan aktiviti seismik, gunung berapi itu
akhirnya meletus pada pagi tadi dengan menerbangkan abu setinggi 4 kilometer.

Abu daripada letusan itu kini bergerak ke arah barat dan barat laut dengan amaran tahap 3 dikeluarkan , lapor RT.

Penduduk yang berada pada radius 6.5 kilometer dari puncak gunung berapi itu
dinasihatkan meninggalkan kawasan tersebut berikutan ancaman aliran lava
dan kemudaratan kepulan abu gunung berapi.

Penduduk tempatan yang memilih tidak meninggalkan kawasan Soputan telah
diarahkan memakai topeng muka untuk menutup hidung dan mulut mereka bagi
mengelak masalah pernafasan.

Setakat ini tiada laporan kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda di
pulau yang telah mengalami kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada
Jumaat lalu yang mengorbankan 1,300 nyawa. – Agensi