Home Seni Hidup Nora Danish lancar vlog

Nora Danish lancar vlog

78
0

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish dan suami, Nedim Nazri melancarkan saluran YouTube kedua-dua mereka iaitu NENO.

Nora berkata, saluran YouTube itu bakal memaparkan vlog kehidupan seharian mereka sekeluarga di samping menyelitkan tip kepada penonton tentang keibubapaan dan kekeluargaan.

“NENO akan memaparkan diri kami yang lebih bersahaja dan membenarkan kami untuk berinteraksi dengan lebih peribadi dan secara langsung bersama peminat.

“Ia bercirikan vlog keluarga dan percutian yang akan menunjukkan aktiviti kami sekeluarga ketika tidak sibuk dengan aktiviti penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata, menerusi vlog itu juga mereka ingin berkongsi pengalaman suka dan duka mereka sebagai pasangan dan sebuah keluarga.

“Kami memang telah lama inginkan sebuah saluran YouTube untuk mendokumentasikan kehidupan kami sebagai pasangan dan kini sebagai sebuah keluarga.

“Kami juga ingin berkongsi pengalaman suka dan duka kami kepada pasangan dan keluarga lain agar komuniti ini terus berkembang,” tambahnya yang telah mendirikan rumah tangga sejak setahun yang lalu dengan Nedim.

Vlog itu katanya lagi antara kerjasamanya dengan Global Creator Studios (GCS).-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan