Walaupun Mohamed Azmin setakat ini telah mengumpul 58,949 undi iaitu mendahului Rafizi yang memperoleh 55,628 dengan majoriti 3,321 undi, tetapi kemenangan belum pasti buat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.

KUALA TERENGGANU  – Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pertandingan jawatan timbalan presiden menerusi pengundian melibatkan lapan cabang parti di Terengganu hari ini.

Mohd Rafizi memperoleh 1,506 undi manakala Mohamed Azmin meraih 1,269 undi, menurut laman sesawang Pemilihan PKR 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com.

Sebelum ini, Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mendahului pemilihan di Pulau Pinang dan Johor.

Hari ini, pusat pengundian dibuka bagi lapan cabang iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din, menerusi laman sesawang berkenaan, berkata JPP hanya akan memuktamadkan keputusan untuk cabang-cabang negeri Terengganu setelah peti undi ragu dibuka. – Bernama

Tinggalkan Jawapan