Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

ANKARA – Seorang penasihat kepada Presiden Turki, Tayyip Erdogan berkata beliau percaya wartawan warga Arab Saudi, Jamal Khashoggi yang hilang selama enam hari telah dibunuh di konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Yasin Aktay yang merupakan penasihat Erdogan dalam parti pemerintah, AK Party memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa Turki percaya sekumpulan 15 warga Arab Saudi ‘hampir pasti terlibat’ dalam insiden itu dan menambah kenyataan para pegawai Arab Saudi tanpa rakaman kamera adalah tidak ikhlas.

Lewat Sabtu lalu, sumber Turlki memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa Turki percaya Khashoggi telah dibunuh dalam konsulat itu pada minggu lepas, apa yang mereka sifatkan sebagai sasaran yang ditujukan kepada pengkritik
terkenal pemerintah negara itu. – Agensi