Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Abu Khamid Mohd Al Ghazali Palut, 29 yang dipercayai pemilik Syarikat Mahligai Impian Catering Sdn Bhd, beralamat di No 01-15 Akasia Suria, Jalan Residensi, Bandar Puncak Alam, Selangor dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung 45 laporan polis yang dibuat terhadap syarikat itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata laporan polis itu diterima dalam tempoh empat hari sejak Jumaat membabitkan kerugian berjumlah RM263,094.

Katanya sebanyak empat kertas siasatan dibuka menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan melibatkan daerah Johor Bahru Selatan, Seri Alam, Kulai dan Kota Tinggi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi DSP Azlan di talian 07-2254656 bagi membantu siasatan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan