Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
. Ringgit dijangka didagangkan pada paras 4.165 hingga 4.185 pada minggu depan, didorong oleh faktor luaran termasuk hala tuju dolar Amerika Syarikat (AS) serta harga minyak, kata penganalisis.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US hari ini, berikutan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1550/1580 berbanding 4.1515/1545 yang direkodkan pada penutup Rabu.

Ketua Dagangan OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata Perbendaharaan AS berkemungkinan mengklasifikasikan China sebagai manipulator mata wang, memberi tekanan ke atas yuan sekurang-kurangnya menjelang minggu depan.

“Ringgit akan menguji paras 4.16 hari ini atau esok, tetapi sentimen akan dipengaruhi oleh indeks harga pengguna AS.

“Bagaimanapun, dengan kebimbangan terhadap bajet dan keuntungan AS yang tinggi, pelabur akan mengambil tindakan bertahan terhadap dolar US dengan belian mungkin meningkat pada paras 4.16,” katanya kepada Bernama

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0056/0082 daripada 3.0016/0048 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7012/7049 daripada 3.6668/6704.

RInggit juga susut berbanding euro kepada 4.7920/7967 daripada 4.7688/7731 dan menurun berbanding pound British kepada 5.4879/4935 daripada 5.4601/4657.

— BERNAMA