Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan tidak pernah membincangkan tentang pelaksanaan cuti sekolah berperingkat.

“Isu ini tidak pernah dibincangkan dan saya berpendapat cadangan itu secara peribadi datang daripada Timbalan Menteri.

“Dan ia bukan dasar kerajaan atau sesuatu yang telah diluluskan oleh Kabinet,” kata Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi sambil mengakui beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang mahu mencadangkan cuti bagi tiga penggal pertama persekolahan iaitu pada bulan Mac, Jun dan September dibuat secara berperingkat mengikut negeri.

Langkah itu bertujuan bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Kata Muhammad Bakhtiar, dengan cuti sekolah secara berperingkat kawasan tumpuan pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunjungan pelancong lebih sekata sepanjang masa.

Mohamaddin menambah, pendapat peribadi timbalannya dan perkara yang mewakili kementerian itu adalah berbeza. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan