Penunjuk perasaan melakukan protes menuntut pembebasan Jamal Khashoggi di depan Pejabat Konsulat Arab Saudi di Turki. foto CTV News

KAHERAH – Mesir menggesa siasatan yang telus berhubung kehilangan wartawanJamal Khashoggi dan memberi amaran jika kes itu digunakan untuk mengeksploitasi Arab Saudi.

“Mesir menekankan pentingnya mendedahkan kebenaran apa yang berlaku dalam sebuah siasatan yang telus,” kata Kementerian Luar Negara dalam satu kenyataan.

Negara itu memantau perkembangan “dengan penuh perhatian” dan menyokong usaha Arab Saudi untuk menangani keadaan itu, tambah kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan