Home Sukan Sukan Olimpik Remaja: Hoki raih emas

Sukan Olimpik Remaja: Hoki raih emas

46
0
Skuad hoki meraih emas buat kali pertama dalam sejarah penyertaan di Sukan Olimpik Remaja yang berlangsung di di Stadium Parque Polideportivo Roca di Buenos Aires, Argentina hari ini

KUALA LUMPUR – Kontinjen negara ke Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 terus mencipta kejutan apabila meraih pingat emas kedua pada temasya kali ini.

Emas menjadi milik skuad hoki lelaki apabila menewaskan India 4-2 dalam aksi final di Stadium Parque Polideportivo Roca di Buenos Aires, Argentina.

Biarpun ketinggalan dua gol, skuad negara mempamerkan semangat juang selepas bangkit menyamakan kedudukan seterusnya menambah dua jaringan.

Ini merupakan emas kedua kontinjen negara selepas kejayaan Goh Jin Wei menjuarai acara badminton perseorangan wanita dengan mengejutkan pemain China, Wang Zhiyi 16-21, 21-13, 21-19 pada 12 Oktober lalu.

Lebih manis pencapaian skuad hoki meraih emas buat kali pertama dalam sejarah penyertaan di YOG apabila pemain negara, Akhimullah Anuar muncul penjaring terbanyak temasya dengan 22 gol. – MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan