Bekas Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit (VPP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bergelar Datuk dibebaskan Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas direman bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai jutaan ringgit.

PUTRAJAYA – Bekas menteri kabinet memberi keterangan kira-kira lima jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung kes penyelewengan pemberian kontrak projek hybrid solar untuk sekolah pedalaman di Sarawak.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abdul Ghani yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata pemimpin kanan sebuah parti politik itu dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Menurut Simi, pemimpin itu yang juga seorang anggota parlimen memberi keterangan dari 10 pagi hingga 3 petang semalam.

“Kami masih menyiasat kes ini” katanya ketika ditanya sama ada pemimpin itu akan dipanggil lagi oleh SPRM.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.-BERNAMA

Tinggalkan Jawapan