Saham di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan penurunan dalam saham wajaran tinggi dan sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah.

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan tekanan jualan di Wall Street, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.28 mata kepada 1,729.73 daripada 1,738.01 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 4.3 mata lebih rendah pada 1,733.71.

Peniaga berkata, penjualan awal di Wall Street berlaku secara pantas memandangkan sentimen terjejas disebabkan kebimbangan baharu muncul terhadap ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selain prospek kenaikan kadar faedah seterusnya oleh Rizab Persekutuan AS.

“Paras rintangan overhed segera bagi FBM KLCI masih pada 1,742 manakala paras sokongan segera kekal pada 1,697,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM9.56, Public Bank dan TNB masing-masing susut lapan sen kepada RM24.94 dan RM14.50, Petronas Chemicals kurang 10 sen kepada RM9.33 dan CIMB merosot lima sen kepada RM5.98.

Bagi saham aktif, Sapura Energy kurang setengah sen kepada 34 sen, Hibiscus susut tiga sen kepada RM1.22 dan Ewein turun 1.5 sen kepada 63 sen.

K1 naik dua sen kepada 29 sen manakala Iris tidak berubah pada 14.5 sen.

Indeks FBM Emas Syariah susut 53.68 mata kepada 11,986.41, Indeks FBM Ace kurang 33.6 mata kepada 5,063.37 dan FBM 70 merosot 43.779 mata kepada 13,852.99.

Indeks FBM Emas turun 53.431 mata kepada 11,977.81 dan Indeks FBMT 100 kurang 52.07 mata kepada 11,802.92.

Mengikut sektor Indeks Perladangan kurang 26.39 mata kepada 7,360.85, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.99 mata kepada 172.17 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 55.08 mata kepada 17,527.89.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 252 berbanding 60 manakala 156 kaunter tidak berubah, 1,431 kaunter tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada 167.38 juta unit bernilai RM72.31 juta. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan