Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim. foto HAZROL ZAINAL, 15 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal terhadap tindakan biadab 10 pemandu teksi yang memboikot dialog bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di Langkawi, semalam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sepatutnya pemandu-pemandu teksi memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut mereka dengan baik dan bukan kekecohan.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas melahirkan rasa simpati tentang keadaan dan kedudukan pemandu teksi.

“Maka sewajarnya mereka memberi ruang masalah tersebut diselesaikan dengan baik.

“Adalah dikesalkan manakala timbul tindakan memboikot sidang dialog bersama Perdsana Menteri yang jelas melahirkan simpati kapada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anwar mengulas majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi bertukar kecoh seketika, semalam.

Kira-kira 10 ahli persatuan pemandu teksi bertindak biadab keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-hailing, Grab.

Pemandu teksi terbabit berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar majlis.

Ia susulan daripada kenyataan Perdana Menteri yang memberi jaminan akan terus mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan demi manfaat semua pihak. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan