Zon penampan senjata di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan. foto AGensi

SEOUL – Korea Utara dan Korea Selatan bersetuju untuk merobohkan pos pengawal dan senjata dari Panmunjom, “bandar gencatan senjata” (DMZ) yang menjadi sempadan kedua-dua negara.

Tindakan itu bagi mengurangkan ketegangan antara dua buah negara.

Dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Bersama, Panmunjom adalah satu-satunya kawasan sepanjang sempadan yang menyaksikan kedua-dua tentera negara itu berdepan antara satu sama lain.

Awal bulan ini, kedua-dua tentera negara itu telah mula mengeluarkan kira-kira 800,000 periuk api di sepanjang sempadan.

Kedua-dua Korea dan UNC (Perintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin Amerika) bersetuju untuk mengambil langkah-langkah menarik balik senjata api dan pos tentera dari Kawasan Keselamatan Bersama (JSA) pada 25 Oktober) dan untuk dua hari berikutnya, ketiga-tiga pihak akan menjalankan pengesahan bersama,” Kementerian Pertahanan Korea Selatan di Seoul berkata dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pihak juga mengesahkan untuk menyelesaikan operasi di JSA, katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan