PARIS – Lelaki berusia 30 tahun telah ditangkap selepas seekor anak singa ditemui di sebuah apartmen di pinggir bandar ini.

Menurut media Perancis, tangkapan itu dibuat selepas suspek cuba menjual anak singa betina yang berusia enam minggu itu pada harga AS$11,470.

Lelaki itu ditahan selepas bersembunyi dalam sebuah almari di sebuah kediaman manakala anak haiwan itu di pula diletakkan di atas katil.

Haiwan ini dikatakan berada dalam keadaan baik dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa hidupan liar.

Suspek sebelum ini mempunyai rekod jenayah kerana mencuri.

Ia bukan kali pertama anak singa ditemui selepas dipelihara secara tidak sah.

Pada tahun 2017, polis menemui seekor singa kurus di sebuah flat kosong di Paris, disimpan oleh seorang lelaki yang mengambil gambar bersama haiwan tersebut. – MalaysiaGazette