Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember.

Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.1770/1820 berbanding dolar US daripada 4.1780/1820 semasa ditutup pada Isnin.

Unjuran kenaikan tarif untuk kali ketiga itu, menyebabkan yuan China merosot kepada paras terendah dalam tempoh 10 tahun berbanding dolar US.

Peniaga berkata perang perdagangan yang berpanjangan antara AS dan China dijangka mewujudkan ketegangan yang lebih besar, jika rundingan antara Presiden Donald Trump dan Xi Jinping pada bulan depan, gagal untuk mengurangkan tekanan perdagangan.

“Pelabur mula mencari destinasi lain untuk melabur di luar China bagi mengelak kenaikan tarif itu.

“Malaysia boleh meraih manfaat daripada ketegangan perdagangan ini berikutan negara mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan menyediakan kestabilan dalam tempoh jangka panjang kepada pelabur,” katanya kepada Bernama.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0189/0230 daripada 3.0218/0258 pada Isnin dan berbanding yen Jepun, ia naik kepada 3.7106/7160 daripada 3.7247/7286.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.3474/3555 daripada 5.3562/3630 dan merosot berbanding euro kepada 4.7509/7570 daripada 4.7537/7600.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan