Niels Hogel. foto Agensi

BERLIN – Bekas jururawat di Jerman mengaku telah membunuh lebih 100 orang pesakit.

Pengakuan itu dibuat pada hari pertama perbicaraannya – menjadikan beliau salah seorang pembunuh bersiri paling kejam di dunia.

Para detektif berkata, suspek, Niels Hogel memberi dos ubat yang berlebihan kepada pesakit-pesakit hingga menyebabkan mereka mengalami serangan jantung.

Perbuatan suspek berlaku di dua buah hospital di Jerman.

Hogel didakwa membunuh 36 orang pesakit di Oldenburg dan 64 orang lagi Delmenhorst antara tahun 1999 dan 2005.

Pendakwa berkata, beliau kemudian akan menarik perhatian dengan cuba menyelamatkan mangsa-mangsa yang diberikan dos ubat berlebihan.

Högel, 41, sudah menjalani dikenakan penjara seumur hidup bagi enam kematian.

Apabila ditanya mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, suspek yang berusia 41 tahun itu hanya menjawab: “Lebih kurang”.

Perbicaraan kes itu dijangka sehingga Mei depan bagi membolehkan ujian toksikologi ke atas 130 mayat. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan