KUALA LUMPUR – AirAsia melancarkan laluan Ipoh-Singapura, laluan antarabangsa pertamanya dari Bandar Bunga Kertas bermula 2 Disember 2018.

Penerbangan empat kali seminggu dari Ipoh ke Singapura menandakan laluan kedua AirAsia Malaysia dari ibu Perak selepas melancarkan laluan Ipoh-Johor Bahru pada 1 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, laluan antarabangsa baharu ini adalah komitmen AirAsia untuk memperluaskan hubungan udara ke Ipoh di samping memperkukuhkan lagi rangkaian dari Singapura.

Sempena pelancaran itu, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada RM36 untuk laluan Ipoh-Singapura di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari hari ini sehingga 10 November 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 Disember 2018 dan 30 Mac 2019.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia). – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan