Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pembentangan Belanjawan 2019 akan dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan.

Belanjawan 2019 dibentang kali pertama oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih kerajaan pada 9 Mei lalu.

Ucapan pembentangan itu dijadual bermula pada pukul 3 petang esok dan akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen.

Maklumat terkini Belanjawan 2019 melalui aplikasi Whatsapp dengan menghantar ‘Hello MOF’ ke nombor 011-1000-3001 untuk mendapat maklumat paling cepat dan tepat.

Selain itu, Kementerian Kewangan juga menyediakan saluran-saluran atas talian dan media sosial, termasuk laman Facebook, Instagram dan Twitter yang boleh diakses secara percuma oleh rakyat Malaysia.

Saluran-saluran ini akan menyampaikan maklumat Belanjawan 2019 terkini, dalam pelbagai bentuk yang mudah difahami termasuk infografik dan video.

Selain mendapat maklumat tepat dengan cara yang mudah dan cepat, rakyat Malaysia juga dapat menyuarakan soalan-soalan mereka secara lansung kepada MOF melalui saluran-saluran rasmi ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan