Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan lelaki warga Britain, Paul Geoffrey Stadlen sebagai salah seorang suspek yang disyaki terlibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan lelaki warga Britain, Paul Geoffrey Stadlen sebagai salah seorang suspek yang disyaki terlibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan lelaki warga Britain, Paul Geoffrey Stadlen sebagai salah seorang suspek yang disyaki terlibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata Stadlen adalah individu yang dicari SPRM untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata ketika ini SPRM sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mengesan Stadlen di negara ini.

“Setakat ini, SPRM masih belum lagi menyenarai hitam Stadlen untuk ke luar negara dan perkara itu kami masih berbincang dengan Jabatan Imigresen,” katanya dalam sidang akhbar di majlis konvokesyen ke-7 pegawai integriti bertauliah (CeiO) di sini, hari ini.

Mohd Shukri meminta agar Stadlen segera tampil memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan kes ini.

Stadlen, 39, dikesan beralamat terakhir di Unit A-29-8, Blok a, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur.

— BERNAMA