Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengoptimumkan segala peruntukan agar kualiti perkhidmatan kepada masyarakat tidak terjejas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, peruntukan yang bakal diterima daripada Belanjawan 2019 perlu digunakan secara berhemah.

“PDRM mendapat manfaat melalui perlaksanaan 24 projek kerjasama awam swasta berasaskan tender terbuka seperti sekolah, kem tentera, balai polis dan bomba serta rumah mampu milik yang keseluruhannya bernilai RM5.2 bilion,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, belanjawan juga memperuntuk RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters kerajaan dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam terutama polis, tentera dan guru.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan