Wayne Rooney. Foto goal.com.

LONDON – Rooney bakal kembali pentas antarabangsa untuk menyarung kembali jersi England selepas dua tahun bersara.

Pemain kelab DC United akan muncul pada aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat di Stadium Wembley pada 15 November ini bagi menambah rekod kap baharu ke-120.

Perlawanan tersebut dikenali sebagai ‘The Wayne Rooney Foundation International’.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) memberitahu ia merupakan penghormatan buat pemain berusia 33 tahun itu untuk memecah rekod karier antarabangsanya.

Bekas penyerang Manchester United da Everton itu mencatat rekod 53 gol bersama England dan kali terakhir bersama skuad kebagsaan pada aksi kemenangan 3-0 ke atas Scotland pada 2016.

Rooney mengumumkan persaraan antarabangsa pada Ogos 2017 selepas beberapa kali namanya tidak dipanggil menyertai skuad The Three Lions. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan