Mauricio Pochettino

LONDON – Mauricio Pochettino menepis spekulasi dia ditawarkan 15 juta pound (RM82 juta) untuk meninggalkan Tottenham Hotspur dan berpindah ke Real Madrid.

Goal.com melaporkan, khabar angin mengatakan Pochettino dengan Real Madrid timbul kembali selepas kelab La Liga itu memecat pengurus Julen Lopetegui.

Menurut laporan, Real membuat tawaran luar biasa bagi memujuk pengendali kelahiran Portugal itu.

Pochettino sebelum ini telah mengikat kontrak panjang bersama Spurs.

“Saya komited dengan tugas di Tottenham namun setiap hari timbul khabar angin baharu.

“Paling penting semua orang perlu tahu bahawa saya begitu fokus kepada tugas di sini dan semua penyokong kami juga perlu tahu.

“Pengerusi Daniel Levy juga tahu perkara ini bahawa saya bertanggungjawab dengan pasukan dan bekerja keras untuk membantu kelab mencapai apa yang diidamkan,” katanya. – MalaysiaGazette