PNB Perdana On The Park Kuala Lumpur (PNB Perdana) mengadakan aktiviti plogging iaitu jogging sambil membersihkan persekitaran alam sekitar baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – PNB Perdana On The Park Kuala Lumpur (PNB Perdana) mengadakan aktiviti plogging iaitu jogging sambil membersihkan persekitaran alam sekitar dalam usaha memberi kesedaran persekitaran dalam kalangan komuniti dan masyarakat.

Plogging adalah senaman yang menjadi trend popular di Sweden apabila jogging sambil membersihkan alam sekitar dan secara tidak langsung dapat memupuk gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Pengurus Besar PNB Perdana, Taha Zainal berkata, aktiviti tersebut merupakan projek tanggungjawab sosial korporat pihaknya yang julung kali kali dianjurkan di kalangan industri perhotelan di negara ini.

“Kami sangat teruja dapat menggalakkan masyarakat menjadi bertanggungjawab menjaga alam sekitar bersih sambil menjalani kehidupan lebih sihat.

“Misi kami untuk membangkitkan orang ramai kesedaran dan menyebarkan mesej kepada komuniti untuk melindungi dan memelihara alam sekitar selain tanggungjawab ke atas diri sendiri.

“Ini kerana kita semua mempunyai peranan untuk melindungi satu-satunya rumah yang dipanggil bumi,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

IMG_3978
Plogging adalah senaman yang menjadi trend popular di Sweden apabila berjogging sambil membersihkan alam sekitar.

Aktiviti plogging itu diadakan di Taman Tasik Datuk Keramat baru-baru ini  bermula pukul 7.30 pagi yang melibatkan seramai 150 peserta termasuk orang awam.

Program tersebut juga merupakan kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan melibatkan penglibatan kakitangan agensi itu.

Taha menambah, aktiviti plogging sebenarnya membakar lebih banyak kalori daripada hanya berjoging atau berjalan kerana perserta berhenti dan mengambil sampah yang memerlukan lebih banyak tenaga.

“Ia aktiviti gabubgan antara kecergasan alam sekitar dan memerlukan joggers untuk membawa beg sampah bersama sepanjang jalan dan mengambil sampah di persekitaran trek yang dilalui,” katanya.

Sementara itu, sebaik program berakhir semua peserta menikmati makan tengah hari secara percuma di 10 Restoran Binjai iait salah satu restoran PNB Perdana. – MalaysiaGazette