KUALA LUMPUR – Penduduk Malaysia berjumlah 32.475 juta pada suku ketiga tahun ini, meningkat sebanyak 1.0 peratus berbanding suku sama tahun lalu iaitu 32.154.

Daripada jumlah itu, seramai 16,767 juta adalah lelaki manakala 15.798 wanita.

Jabatan Perangkaan berkata, sebanyak 127,900 adalah kelahiran hidup dicatatkan sepanjang tempoh suku ketiga tahun ini.

Ia membabitkan 66,300 lelaki dan baki 61,600 adalah perempuan.

Manakala, sebanyak 41,300 kematian direkodkan pada tempoh yang sama. – MalaysiaGazette