Suasana tegang di Paris selepas penunjuk perasaan terus menganjurkan bantahan terhadap pembaharuan ekonomi. foto Agensi

PARIS – Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh ‘yellow vest’ telah menjadi bencana kepada ekonomi Perancis.

Sudah empat minggu berturut-turut tunjuk perasaan dilakukan bagi membantah kenaikan cukai bahan api, peningkatan kos sara hidup dan isu-isu lain.

Kira-kira 125,000 orang dipercayai terlibat dalam tunjuk perasaan yang berlangsung pada hari Sabtu lalu dan seramai 1,200 telah ditahan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijangka mengumumkan usaha menangani krisis pada hari Isnin.

Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire menyifatkan tunjuk perasaan itu sebagai krisis kepada masyarakat dan demokrasi.

“Ia bencana kepada perniagaan, bencana kepada ekonomi,” katanya ketika membuat lawatan di keda-kedai di Paris yang rosak selepas tunjuk perasaan berlangsung.

Paris mengalami kerosakan teruk dengan tingkap-tingkap bangunan dan premis dipecah, kereta dibakar.

Dianggarkan seramai 10,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Emmanuel Gregoire berkata, kerosakan yang berlaku dalam tunjuk perasaan minggu lalu lebih teruk berbanding minggu lalu tetapi jumlah yang cedera semakin berkurangan. – MalaysiaGazette