Pasukan bola sepak Vietnam ketika menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun 2008.

HANOI – Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) akan mengundang para pemain dan jurulatih mereka yang menjulang Piala AFF Suzuki 2008 sebagai ‘tetamu khas’ pada perlawanan akhir di Stadium My Dinh di sini esok.

Timbalan Pengerusi VFF, Cao Văn Chóng berkata, ia sebagai penghargaan dan bagi menyuntik semangat kepada para pemain Red Dragon yang akan menentang Malaysia.

Pada tahun 2008, Vietnam memenangi Piala AFF untuk kali pertama di bawah kendalian jurulatih dari Portugal, Henrique Calisto.

Mereka menumpaskam Thailand pada perlawanan tersebut.

Vietnam turun dengan reputasi hebat pada kempen kali ini selaku pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking 102 dunia berbanding Malaysia 169.

Juara 2008 itu bakal menurunkan barisan generasi emas mereka apabila 15 pemain skuad bawah 23 tahun yang muncul naib juara Kejohanan Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) di China, Januari lalu untuk bergabung dengan lapan pemain senior. – Malaysia Gazette.

Tinggalkan Jawapan