Seorang lelaki ditarik oleh dua anggota polis dalam di hadapan ibu pejabat polis. foto Al Jazeera

MANAGUA – Polis Nicaragua memukul sekurang-kurangnya tujuh wartawan dengan kayu belantan, termasuk salah seorang editor terkenal di negara itu.

Keganasan itu berlaku susulan tindakan keras terhadap media bebas selepas melakukan protes ke atas Presiden Daniel Ortega.

Awal minggu ini polis menggeledah pejabat editor terkenal, Carlos Fernando Chamorro, bersama-sama dengan bangunan yang digunakan oleh beberapa organisasi masyarakat sivil yang diharamkan.

Wartawan pada hari Sabtu berkumpul di luar ibu pejabat polis di ibu kota Managua.

Chamorro dan beberapa kakitangan datang ke ibu pejabat polis untuk mendapatkan maklumat mengenai tindakan polis menyerang secara haram pejabatnya.

Kedatangan Chamorro itu telah menyebabkan anggota polis anti-rusuhan muncul dengan kayu belantan dan menendang Chamorro, rakan sekerja dan wartawan yang berada di tempat kejadian untuk membuat liputan.

Saksi Reuters menghitung sekurang-kurangnya tujuh wartawan dari media antarabangsa dan nasional, termasuk Chamorro, ditangkap dan ditendang oleh polis.

Polis mengejar wartawan dan mengancam untuk merampas telefon bimbit dan peralatan.

“Tiga anggota polis pukul saya. Mereka tendang kaki saya,” kata Nestor Arce, seorang wartawan. – MalaysiaGazette