Nathan Jones.

LONDON – Stoke City mengumumkan Nathan Jones sebagai pengurus baharu mereka menerusi perjanjian selama tiga setengah tahun.

Mail.Online melaporkan, Stoke bagaimanapun perlu membayar pampasan sebanyak £1 juta (RM5.25 juta) kepada Luton Town.

Jones menjadi pilihan Lembaga Pengarah Stoke selepas berjaya membawa Luton di Liga Satu dengan corak permainan yang mengagumkan.

Pelantikan itu dipandang sinis segelintir pihak kerana berpendapat pengendali berusia 45 tahun itu masih belum diuji sepenuhnya.

Namun impak Jones di Kenilworth Road tetap menarik perhatian pengerusi Peter Coates, naib pengerusi yang juga anaknya, John dan ketua eksekutif, Tony Scholes, yang mengetuai proses pengambilalihan itu.

“Nathan adalah individu yang sangat berpengaruh dan kami gembira mendapat khidmatnya,” kata mereka di laman web kelab. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan