Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad hadir ke persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pemimpin Perikatan Nasional (PN) berpandangan rakyat negara ini dihidangkan dengan siri-siri mensucikan parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP dan UMNO sejak sembilan bulan lalu oleh kerajaan perpaduan.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, ia jelas apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.

“Rakyat perlu tahu bahawa keputusan menarik balik pendakwaan ini adalah keputusan pihak Pendakwa Raya, bukan keputusan mahkamah.

“Apabila Pendakwa Raya gugurkan pendakwaan, maka mahkamah tiada pilihan selain melepaskan. Saya yakin bukan ini negara yang kita idamkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Parti itu yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sebelum ini mendesak kerajaan khususnya bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan penggantinya, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh memberikan penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, PN menuntut rakyat diberikan penjelasan mengenai isu DNAA Ahmad Zahid kerana ia melibatkan sosok beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Jika ahli politik boleh berbuat sesuka hati, di mana letaknya keadilan dan integriti? Cukuplah spin.

“Jika PH-BN yakin Zahid tidak bersalah, maka buktikan di mahkamah. Itu yang rakyat dan PN tuntut,” katanya.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak terbabit perlu membuktikan beliau mengarahkan Idrus untuk memerintahkan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ramai yakin ada drama politik ala2 pariah dalam pembebasan kes sebagaimana kes LGE dahulu?

    Kalau dahulu pariah2 tu buat lakunan terkejut2 tapi kali ini lakunan persaraan dua watak penting dan diambil alih oleh peguam negara yang baharu?

    Rakyat tertunggu2 jawapan orang yang bersara tu?

  2. Ramai berharap ketua SPRM tidak terlibat dan menjadi kambing hitam sebagaimana kes banglo murah terdahulu, yang mana semua pihak buat2 drama terkejut2?

    Ianya telah menjadi sejarah dan akan menjadi rujukan kekal dimasa hadapan.

  3. Haaa..ko plak siri mensucikan Medey Kerala…wahhh bukan kau ker kata 10 Medey cakap, 13 tak boleh percaya..skrg dah suci? Apa? DNAA? Tu kau tak nak bangkitkan kes Shahidan Kassim? Dia pun DNAA kes cabul budak bawah umur…musibat punya lebai..kena kat kepala ko, ko diam yer

Comments are closed.