Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berjaya dalam bidaan projek huluan minyak dan gas (O&G) selepas melepasi skim tender pra-kelayakan.

Menurut laman web National Iranian Oil, Petronas merupakan salah satu daripada 29 syarikat global yang dipilih untuk menyertai projek tersebut.

“Senarai itu diterbitkan relevan kepada pemohon yang telah melepasi pra-syarat pusingan tender projek huluan O&G Iran,” kata National Iranian Oil.

Selain Petronas, Pertamina milik Indonesia dan PTT Exploration and Production Puclic Co. Ltd. milik Thailand turut memenangi terseranai.- MalaysiaGazette