Kongsi

KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, penyampai radio Kool FM, Ikhwan selamat dinikahkan dengan pasangannya, Noor Idayu Mohd Shari atau Ayu, semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Shari Sidek, pada majlis di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.

Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Percintaan Ikhwan atau nama sebenarnya, Mohd Khairul Ikhwan Rosli, 34, dan Ayu, 33,  bermula di tempat kerja.

Ayu yang juga ibu tunggal anak satu bertugas sebagai Eksekutif Pengedaran di Grand Brilliance Sdn Bhd. dan mempunyai anak berusia 10 tahun, Mohd Isaac Iman. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan